Domain dan Hosting?

Bab ini saya masih pun belum dapat kan lagi iaitu domain name dan hosting sendiri ,jika anda lihat domain blog ini "diariebiz.blogspot.com" adalah saya guna servis blog percuma dari anak syarikat Google di mana nama blog ini di akhir dengan blogspot.com dan anda juga boleh membina blog dengan servis google ini secara percuma.

Berlainan jika saya mengunakan domain name yang di akhir dengan myname.com dan untuk menggunakan servis ini anda kena membayar mengikut tahunan atau bulanan.

Jika anda nak tahu saya masih belum lagi mendapat kan domain dan hosting berbayar,bukan saya tak mampu tapi saya belum bersedia dan perlu mencari niche yang sesuai untuk blog dot.com saya terlebih dahulu agar blog dot com saya yang julung kalinya tidak "kosong" informasi.Insyaallah jika tiada aral melintang saya akan dapat kan domain dan hosting berbayar di Netkl.com sekitar tahun ini.Niche?akan saya terang kan pada post akan datang.

Dan bila tiba masa nya,saya akan umum kan di sini kemunculan blog dot com saya nanti.

Maklumat lanjut tentang domain dan hosting :

Domain?

Nama Domain (Alamat) Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

Contoh nama domain : www.yourname.com

Domain Internasional:
- com (komersil)
- org (organisasi)
- net (network)
- info (informasi)
- biz (bisnis)

Hosting/Webhosting?

Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya.
Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.

Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.

Nama Domain = Alamat Rumah
Hosting = Tapak Rumah

Ciri-ciri webhosting:

Ruang Web-biasanya diukur dengan menggunakan MB. Anda perlulah tahu berapa besar ruang yang diperlukan untuk website anda. Untuk mengetahui berapa ruang yang anda gunakan untuk website anda. Anda boleh mencapur kesemua saiz fail html serta fail-fail gambar yang anda gunakan di dalam website anda. Bagi website yang mempunyai 5-10 mukasurat, biasanya, saiz keseluruhan website adalah antara 1-5Mb.

Kadar bandwith sebulan-bandwith ini bolehlah dianggap seperti jalan raya ke rumah anda. Semakin besar bandwith, semakin besarlah jalanraya ke rumah anda, dan semakin ramailah orang boleh datang ke website(rumah) anda. Pada kebiasaannya, bandwith sebesar 1Gb sudah mencukupi, tetapi jika website anda menerima kunjungan sehinggan 3-5 ribu orang sebulan, mungkin bandwith yang lebih besar diperlukan.

PHP,ASP,CGI-itu adalah bahasa pengaturcaraan. Jika anda membangunkan website anda dengan menggunakan php, maka, anda perlulah mencari webhosting yang menyokong bahasa pengaturcaraan tersebut

MySQL, Access-ini adalah merupakan pangkalan data. Jika website anda memerlukan database, maka, anda perlulah memilih pakej hosting yang turut menyediakan pangkalan data tersebut. Sesetengah hosting menyediakan pakej pangkalan data “unlimited”, bermakna, anda boleh membuat seberapa banyak pangkalan data yang anda mahu. Ada sesetengah pula, hanya membenarkan anda membuat beberapa pangkalan data sahaja.

Frontpage Extension-jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.

Control Panel-ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username” dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.

Sokongan (suport)-ini adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut. Ada sesetengahnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka jika anda menghadapai masalah, malahan, ada juga yang membenarkan anda ber”chating” dengan mereka bagi menjawab segala pertanyaan dan masalah anda.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah webhosting. Tetapi, itulah antara ciri-ciri asas penting yang dapat saya kongsikan bersama anda mengenai domain dan hosting pada kali ini.

Jika anda benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan internet nama domain dan hosting wajib anda dapat kan seperti yang di saran kan oleh IM'er(internet marketer) Zulfadli atau lebih di kenali dengan nickname Smartzul,mohd amirol dan lain-lain.

Selamat Datang ke DiariEbiz.Blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog DiariEbiz ini.

Tujuan utama blog ini di bina adalah atas dasar minat saya terhadap perniagaan di internet,oleh itu saya inspirasikan DIARIEBIZ ini untuk saya berkongsi kan maklumat dari apa yang telah saya dapat sepanjang saya mempelajari dan mengkaji bagi menceburi bidang ini dengan lebih serius.

Dan dalam blog ini juga ,saya fokuskan secara umum tentang perniagaan internet dan juga isu-isu semasa.

Dengan kehadiran blog ini mudah-mudah anda semua akan mendapat informasi bagaimana NEWBIE seperti saya ini mengorek langkah dalam memulakan perniagaan di internet.

Akhir kata semoga blog saya ini sedikt sebanyak membantu dan memberi manfaat kepada anda semua..

Salam perkenalan dari saya Nik..